Khamis, Disember 10, 2009

tip & info si kecil

MENGATASI KOLIK

Kolik sinonim dikaitkan dengan bayi.jangan bimbang, ia bukannya sejenis penyakit. Kolik merupakan satu gejala ayau keadaan yang biasa dialami oleh semua bayi.

Apakah gejala yang menyebabkan bayi mengalami kolilk?

Gejala paling utama apabila bayi anda meragam setiap masa dan selalunya turut di sertai dengan tangisan. Biasanya keadaan ini berlaku pada waktu petang dan waktu malam, malah juga menganggu tidurnya,

Selalunya bayi mengalami kolik antara usia 2 minggu hingga berusia sebulan atau lebih.

Tangisan bayi yang mengalami kolik berbeza dengan tangisan bayi biasa. Bayi yang menangis kerana kolik, tangisannya kedengaran pilu dan menyedihkan.

Belum ada jawapan khusus mengapa kolik berlaku terhadap golongan bayi. Namun antara factor yang dikaitkan menjadi punca kolik adalah kerana permakanan si ibu yang member bayi susu badan, bayi alahan terhadap susu botol, rasa cemas kedua ibi bapa, dan pelbagai faktor lagi.

Terdapat beberapa tip dan panduan boleh anda lakukan untuk menenangkan bayi yang mengalami kolik. Berikut adalah caranya :

* Pastikan bayi anda tidak lapar. Susukannya hingga kenyang. Selain itu, pastikan lampin bayi kering dan tidak kotor. Seboleh-bolehnya pastikan tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan bayi gelisah atau berasa tudak selesa.

* Pastikan bayi anda bukan dalam keadaan serius yang mungkin memerlukan rawatan atau pemeriksaan doctor.

* Belajarlah untuk memahami bayi anda . tidak semestinya tip dari ibu bapa lain berkesan untuk menenagkan bayi anda. Anda seharusnya lebih mengetahui apa yang boleh menenagkan bayi anda sendiri.

* Lakukan pelbagai gerakan atau suara yang membantu menenagkanatau mengembirakan bayi anda. Dukunglah bayi dan buaikannya dengan ayunan yang lembut atau menyayikannya dengan suara yang tenang dan boleh membuatkan bayi anda berasa nyaman.

* Letakkan bayi dalam suasana yang menyelesakannya. Elakkan daripada tempat yang bising dan membingitkan. Anda juga boleh membawa bayi berjalan di tempat yang menenagkan.

* Cuba usap punggung, perut dan kepala bayi anda perlahan-lahan. Adakalanya bayi akan berasa tenang dengan usapan lembut begini. Anda juga boleh memandikan bayi dengan air suam untuk membantu memberi keselesaan pada bayi anda.


Penyelaras : Dania Qaireena

Hak cipta terpelihara : Tinta Balqis Publishing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan