Rabu, Disember 02, 2009

Mesti Tahu



Emosi si kecil



Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang.
Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap.
Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negetif dan positif.
melalui emosi anak2 dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya.
malah,ia membantu kanak2 membina idea baru, matlamat dan perancangan.

Gembira

Membantu kanak2 berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.

Marah

Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian.


Takut


Rasa terancam iaitu suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.

Sedih

Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak2 berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli

Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau, dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak2 berhati2 dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya

Cemas

ia membantu kanak2 berusaha mengambil langkahmengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu

Menjadikan kanak2 menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.

Bangga

Tercetus bila seseorang kanak2 terasa dihormati oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.


* Para saintis bersependapat bahawa otak memperoleh maklumat yang paling banyak dalam tahun pertama anak yakni 75% perkembangan otak terjadi. Inilah masa yang baik untuk mempelajari papa sahaja sebab pembelajaran memuncak antara usia 3 hingga 10 tahun, tetapi berterusan sepanjang hidup anak


sumber rujukan majalah Pa&Ma
kelolaan NORHASLIZA YUSOFF
(norhasliza yusoff@karangkraf.com.my)



Konsep Prasekolah

Program pendidikan prasekolah di bawah kendalian kementerian Pelajaran Malaysia disediakan supaya kanak2 berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal sebelum memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun.

  • Diwujudkan di dalam kawasan sekolah pilihan yang mempunyai tenaga pelajar yang mempunyai lulusan pendidikan awal kanak2 dan prasekolah.
  • Mengikut 6 aspek perkembangan iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, sosio-emosi, estetika dan kreativiti, Kognitif dan fizikal.
  • Mengikut pendekatan dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia iaitu belajar sambil bermain, bersepadu, ICT dan bertema.
  • Pembentukan sahsia diri kanak2 turut ditekankan.
  • Menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh menarik minat dan menggembirakan kanak2.
  • Aktiviti pembelajaran di dalam kelas meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
  • berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negara dan beroperasi secara sah di sisi undang-undang serta diiktiraf sebagai pusat pembelajaran yang mempunyai tenaga kepakaran yang mahir dalam mengasuh, mendidik dan membimbing kanak2

sumber rujukan majalah Pa&Ma
kelolaan NORHASLIZA YUSOFF
(norhasliza yusoff@karangkraf.com.my)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan