Khamis, Disember 10, 2009

tip & info si kecil


PERLUKAH VITAMIN ?

  1. Bolehkah memberi bayi saya vitamin atau suplimen tambahan ?
Bayi terutama yang berusia enam bulan ke bawah tidak begitu memerlukan vitamin tambahan. apatah lagi jika bayi mendapat susuan ibu sepenuhnya, bermakna bayi anda sudah mendapat vitamin dan mineral yang mncukupi untuk keperluan tubuh badannya. Susu formula juga mengandungi vitamin yang diperlukan untuk tubuh bayi. Vitamin tambahan hanya diberi pada kes-kes yang tertentu seperti bayi pramatang. Selain itu, jika bayi menghadapi sesuatu keadaan seperti alergik, tidak mahu makan, kurang minum air dan sebagainya, ada mineral tambahan yang mungkin boleh anda berikan kepadanya dengan syarat, mendapatpemeriksaan dan perskripsi doktor tentang vitamin tambahan yang sesuai diberikan kepada bayi anda.


2. Bagaimanakah untuk mengetahui bayi saya memerlukan vitamin tambahan ?

Melalui pemeriksaan doktor. ia akan dapat mengenal pasti apakah bayi anda memerlukan vitaman tambahan ataupun tidak berdasarkan pemeriksaan kesihatannya. Elakkan memberi vitamin orang dewasa kepada bayi anda walaupun dalam dos yang sedikit, jika anda mahu memberi sesuatu vitamin, dapatkan keterangan daripada doktor terlebih dahulu.


3. Bolehkah seya memberi saja vitamin tambahan kepada bayi jika saya risau tentang keadaannya seperti tidak mahu makan ?

Jangan sesekali membuat keputusan sendiri. Perlu anda ingat, vitamin tambahan harus diberikan mengikut dos yang diarahkan sahaja. Pemberian dos yang berlebihan boleh memnyebabkan timbulnya risiko lain yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda. Bagaimana risau anda sekalipun, sebaiknya dapatkan dulu pemeriksaan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar bayi anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan