Rabu, Disember 30, 2009

CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish

1. Add @ Link Mama_Aqish & Branded Baby Clothes di blogroll/bloglist anda.

2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes & ClickClickShoppe

3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja

4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish)

5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 31hb Disember 2009

6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..

7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...

8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES & ClickClickShoppe

9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....




NAMA : THAQIFAH UMAIRAH

UMUR : 2 BULAN 13 HARI

TARIKH LAHIR : 25 SEPTEMBER 2009






Selasa, Disember 22, 2009

saja bosan2

salam pe khbar sume???lama x update blog ni..bukan xnk tapi ada masalah yang xdapat dielakkan....lagipun dah banyak artikel yang x sempat nk dikongsikan kerana masalah internet yang x bp nk ok ni..tambahan plak ada C kecik yang Comey ni...yang dah pandai macam2..tulah yang membuatkan lagi sukar untukku mengupdate blog ni... seronok yang teramat melayan Ckecik ni sehinggakan satu keje pun xjd..huhuhu...nasib baik lah ada keluarga mertua yang baik hati...dan xjemu2 melayan kerenah cucunye yang suka mengada2 tu...kadang2 kesian plak aku tengok diorg dah la x bapa chat pastu Ckecik ni wat perangai plak...tambahan bila dia nampak tokwan dia menagis2 dia nk suh wan dia angkat & dukung....wan dia pun angkatlah, klu leh dia nk duk jer kat riba wan dia tu...


Jumaat, Disember 18, 2009

Ibu Hadif’s Giveaway ~ anugerah terindah


23 Disember ni genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K. so, sempena dengan itu, beliau dengan seikhlas hati nak anjurkan contest khas untuk ibu/ummi/mama/mummy bloggers...
Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ini telah pun bermula pada , 24 November hingga 18 Disember 2009 jam 1.00 pm. (sy yg lmbat join)







Meh tengok syarat² nye...
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan
Link ke Giveaway ini

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.

10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

jom ramai2 kita meriahkan
Ibu Hadif’s Giveaway... Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!



Gambar hari pertama umairah dilahirkan


:. Inspirasi hidup bonda .:
Thaqifah Umairah
umur : 2bulan
New born @ 25 september 2009
8.05pm at hospital Tengku Fauziah, Kangar


Kusyukuri Anugerah terindah yg dikurniakn oleh ALLAH kpdku . Dialah permata hati kami . Biarpn diawal mengandung bonda mengalami keadaan yg sukar, namun bonda merasa bangga krn brjaya melahrkn zuriat bonda . Tepat jam 8.05pm=25.9.09, bayi perempuan yg dberi nama thaqifah umairah dgn berat 2.78kg selamat dlahirkan . Biarpn kelahiran scara paksa(induce) atas nsihat DR dsbbkn oleh kkurangan darah dan berat bdn, ksakitan yg ditanggung hmpir 2hr semuanya hilang saat pertama kali terpandang wajahmu. Wajah yg suci dan bersih dr dosa mmbuatkn bonda mrasa tenang. Syukur pd ALLAH krn mmudahkan proses bersalin .
# Raya ke-5 @7.30am, induce .
# 2.30pm bukaan mencecah 3cm . Ya Allah, beginikah rasanya sakit kontraksi .
# Raya ke-6 @ 5.30pm bukaan tlh mncpai 4cm .
# 7.4Opm kontraksi makin kuat, bukaan mencecah 7cm . DR yg memeriksa mngatakn bonda akan bersalin lwt tgah mlm.
# 10 minit kmudian, bonda mmbritahu DR dh trasa kpala nk keluar . Kelam kbt sketika d labour room, dgn 1x teran, selamatlah bayi bonda dkluarkn.

Thaqifah umairah brmksud pemaisuri yg cerdik,bonda b'hrp agar umairah menjadi anak yang solehah dan taat pada Allah dan Rasul. Smoga umairah brjaya didunia dan akhirat.

Khamis, Disember 17, 2009

Khamis, Disember 10, 2009

tip & info si kecil


PERLUKAH VITAMIN ?

  1. Bolehkah memberi bayi saya vitamin atau suplimen tambahan ?
Bayi terutama yang berusia enam bulan ke bawah tidak begitu memerlukan vitamin tambahan. apatah lagi jika bayi mendapat susuan ibu sepenuhnya, bermakna bayi anda sudah mendapat vitamin dan mineral yang mncukupi untuk keperluan tubuh badannya. Susu formula juga mengandungi vitamin yang diperlukan untuk tubuh bayi. Vitamin tambahan hanya diberi pada kes-kes yang tertentu seperti bayi pramatang. Selain itu, jika bayi menghadapi sesuatu keadaan seperti alergik, tidak mahu makan, kurang minum air dan sebagainya, ada mineral tambahan yang mungkin boleh anda berikan kepadanya dengan syarat, mendapatpemeriksaan dan perskripsi doktor tentang vitamin tambahan yang sesuai diberikan kepada bayi anda.


2. Bagaimanakah untuk mengetahui bayi saya memerlukan vitamin tambahan ?

Melalui pemeriksaan doktor. ia akan dapat mengenal pasti apakah bayi anda memerlukan vitaman tambahan ataupun tidak berdasarkan pemeriksaan kesihatannya. Elakkan memberi vitamin orang dewasa kepada bayi anda walaupun dalam dos yang sedikit, jika anda mahu memberi sesuatu vitamin, dapatkan keterangan daripada doktor terlebih dahulu.


3. Bolehkah seya memberi saja vitamin tambahan kepada bayi jika saya risau tentang keadaannya seperti tidak mahu makan ?

Jangan sesekali membuat keputusan sendiri. Perlu anda ingat, vitamin tambahan harus diberikan mengikut dos yang diarahkan sahaja. Pemberian dos yang berlebihan boleh memnyebabkan timbulnya risiko lain yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda. Bagaimana risau anda sekalipun, sebaiknya dapatkan dulu pemeriksaan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar bayi anda.




tip & info si kecil

MENGATASI KOLIK

Kolik sinonim dikaitkan dengan bayi.jangan bimbang, ia bukannya sejenis penyakit. Kolik merupakan satu gejala ayau keadaan yang biasa dialami oleh semua bayi.

Apakah gejala yang menyebabkan bayi mengalami kolilk?

Gejala paling utama apabila bayi anda meragam setiap masa dan selalunya turut di sertai dengan tangisan. Biasanya keadaan ini berlaku pada waktu petang dan waktu malam, malah juga menganggu tidurnya,

Selalunya bayi mengalami kolik antara usia 2 minggu hingga berusia sebulan atau lebih.

Tangisan bayi yang mengalami kolik berbeza dengan tangisan bayi biasa. Bayi yang menangis kerana kolik, tangisannya kedengaran pilu dan menyedihkan.

Belum ada jawapan khusus mengapa kolik berlaku terhadap golongan bayi. Namun antara factor yang dikaitkan menjadi punca kolik adalah kerana permakanan si ibu yang member bayi susu badan, bayi alahan terhadap susu botol, rasa cemas kedua ibi bapa, dan pelbagai faktor lagi.

Terdapat beberapa tip dan panduan boleh anda lakukan untuk menenangkan bayi yang mengalami kolik. Berikut adalah caranya :

* Pastikan bayi anda tidak lapar. Susukannya hingga kenyang. Selain itu, pastikan lampin bayi kering dan tidak kotor. Seboleh-bolehnya pastikan tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan bayi gelisah atau berasa tudak selesa.

* Pastikan bayi anda bukan dalam keadaan serius yang mungkin memerlukan rawatan atau pemeriksaan doctor.

* Belajarlah untuk memahami bayi anda . tidak semestinya tip dari ibu bapa lain berkesan untuk menenagkan bayi anda. Anda seharusnya lebih mengetahui apa yang boleh menenagkan bayi anda sendiri.

* Lakukan pelbagai gerakan atau suara yang membantu menenagkanatau mengembirakan bayi anda. Dukunglah bayi dan buaikannya dengan ayunan yang lembut atau menyayikannya dengan suara yang tenang dan boleh membuatkan bayi anda berasa nyaman.

* Letakkan bayi dalam suasana yang menyelesakannya. Elakkan daripada tempat yang bising dan membingitkan. Anda juga boleh membawa bayi berjalan di tempat yang menenagkan.

* Cuba usap punggung, perut dan kepala bayi anda perlahan-lahan. Adakalanya bayi akan berasa tenang dengan usapan lembut begini. Anda juga boleh memandikan bayi dengan air suam untuk membantu memberi keselesaan pada bayi anda.


Penyelaras : Dania Qaireena

Hak cipta terpelihara : Tinta Balqis Publishing

Selasa, Disember 08, 2009

Perkembangan Anak


Kolik 5 Minit Legakan Bayi Anda



Info ringkas tentang kolik.

Kolik atau perut kembung terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Tanda-tanda bayi kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya agak keras. Bayi mungkin menangis lebih satu jam selama satu hari, lebih tiga hari selama seminggu dan lebih tiga minggu dalam tiga bulan pertama kehidupan bayi. Ia biasanya bermula pada usia hari ke 10 sehingga 2 minggu dan pada usia 6 minggu.

"Kenapa/membendung dengan kain?"
Membendung atau membalut bayi dengan kain mengehadkan pergerakan anggota tangan dan kakinya. Membantu meluruskan anggota badan dan mengelak bayi terlalu aktif mengerakkan anggota badannya. Malah, bentuk bendung ini membuatkan bayi merasai tekanan seakan berada di dalam rahim ibunya.

"Kenapa menekan?"
Menekan ( pastikan tangan anda dalam kedudukan lembut dan meniarapkan bayi) membuatkan bayi merasa seperti masih dalam rahim ibunya. Ia memberikan rasa sentuhan yang tenang buat bayi. Sentuhan seperti memeluk atau menggosok pada bahagian lutut misalnya akan memberikan rasa kelegaan dan selesa buat si kecil.

"Kenapa dukung?"
Ia membuatkan bayi dalam kedudukan seperti dalam kandungan ibunya. Cara dukungan itu memberikan tekanan yang melegakan dan mengelak daripada bayi mengalami pergerakan yang terlalu aktif. Ia memberikan ruang yang selesa buat bayi apabila berada di samping orang yang biasa dengannya seperti ibunya. Dia akan merasai pergerakan, bau dan suara yang dimiliki oleh ibunya.


Bosannye... xtau apa nk wat nak men ngan mairah dia tido plak...
erm apa kata kita tgk gelagat c kecik ni.... makin nk besar mcm2 perangai ada hari ke hari bersilih ganti perangainya...


.: Permata hatiku :.


menung apa lah agaknyer tu....
fikir masa depan kot...hehehe

di pagi raya...

balik dari hospital

marah x dapat susu..

c comey ni baru bgn tido...

cak....


Ahad, Disember 06, 2009

Tip Anak Cergas



Ketawalah bersama si manja.

Terapi ini bagus untuk merangsang minda si kecil sekaligus,

menbuatkan dia gembira.

Malah ia mengajar si kecil mengenal emosi dalam dirinya

supaya dia tahu bagaimana untuk meluahkan nanti kepada anda.

Rabu, Disember 02, 2009

on the way g umah angah....

dalam kete ngan family along

Muhammad Aqil Hakimi

ni gambar masa saya balik k.l aritu...on the way g umah angah kat puchong...rindu kat adam tu yang g umah dia....hehehe cute x budak gemuk ni??

Mesti Tahu



Emosi si kecil



Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang.
Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap.
Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negetif dan positif.
melalui emosi anak2 dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya.
malah,ia membantu kanak2 membina idea baru, matlamat dan perancangan.

Gembira

Membantu kanak2 berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.

Marah

Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian.


Takut


Rasa terancam iaitu suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.

Sedih

Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak2 berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli

Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau, dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak2 berhati2 dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya

Cemas

ia membantu kanak2 berusaha mengambil langkahmengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu

Menjadikan kanak2 menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.

Bangga

Tercetus bila seseorang kanak2 terasa dihormati oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.


* Para saintis bersependapat bahawa otak memperoleh maklumat yang paling banyak dalam tahun pertama anak yakni 75% perkembangan otak terjadi. Inilah masa yang baik untuk mempelajari papa sahaja sebab pembelajaran memuncak antara usia 3 hingga 10 tahun, tetapi berterusan sepanjang hidup anak


sumber rujukan majalah Pa&Ma
kelolaan NORHASLIZA YUSOFF
(norhasliza yusoff@karangkraf.com.my)



Konsep Prasekolah

Program pendidikan prasekolah di bawah kendalian kementerian Pelajaran Malaysia disediakan supaya kanak2 berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal sebelum memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun.

  • Diwujudkan di dalam kawasan sekolah pilihan yang mempunyai tenaga pelajar yang mempunyai lulusan pendidikan awal kanak2 dan prasekolah.
  • Mengikut 6 aspek perkembangan iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, sosio-emosi, estetika dan kreativiti, Kognitif dan fizikal.
  • Mengikut pendekatan dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia iaitu belajar sambil bermain, bersepadu, ICT dan bertema.
  • Pembentukan sahsia diri kanak2 turut ditekankan.
  • Menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh menarik minat dan menggembirakan kanak2.
  • Aktiviti pembelajaran di dalam kelas meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
  • berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negara dan beroperasi secara sah di sisi undang-undang serta diiktiraf sebagai pusat pembelajaran yang mempunyai tenaga kepakaran yang mahir dalam mengasuh, mendidik dan membimbing kanak2

sumber rujukan majalah Pa&Ma
kelolaan NORHASLIZA YUSOFF
(norhasliza yusoff@karangkraf.com.my)

TERIMA KASIH TUHAN


hari pertama dilahirkan

Inilah puteri sulung kami cute-miut dia dilahirkan pada 25 sept 2009 / 06 syawal 1430h iaitu pada hari jumaat, dan jam 8.05mlm namanya THAQIFAH UMAIRAH di mana maksud Thaqfah ialah yang cerdik manakala umairah pula bermaksud Permaisuri , dialah permata hati yang telah melengkapkan lagi keluarga kami.....terima kasih TUHAN kerana telah memberikan kami cahaya mata yang comel dan cute ni....

puteri hatiku THAQIFAH UMAIRAH






Selasa, Disember 01, 2009

Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar


Ciri-ciri Positif dari aspek fizikal, Psikologi dan Tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya


Sumber : www.iluvislam.com - Oleh : Mohd Shahrul Naim - Editor: naadherah